Idea

Slacker dalam bahasa subculture Ipoh ia bermaksud tidak peduli, buat sahaja tanpa fikirkan kompleksnya sesuatu benda itu. Redah tapi berprinsip. Kalau difikirkan selagi itu sesuatu itu tidak akan jadi. Lebih kepada membawa idea itu untuk dilaksanakan dengan uniknya bukan dengan kompleksnya.

Kebanyakan penghidap cabaran mental sentiasa memikirkan terlalu berlebihan (over-thinking) serta dengan lajunya dunia kini dengan info serta berita-berita yang kadang kala memberi lebih tekanan kepada manusia. Dengan meletakkan slacker sebagai nama projek pendekatan utamanya untuk memperlahankan seketika kecelerauan dalam kepala dan bertenang. Disamping slackerism sangat sinonim dengan Bandaraya Ipoh terutama subculture DIY yang sentiasa pegang kepada attitude slackerism dalam berkarya.

2023 COPYRIGHT TO RESPECTFUL OWNER SLACKER.CITY